SEJARAH PENUBUHAN
LISTAC  (Library Staff Club), telah ditubuhkan pada 23 Ogos 2002 bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai badan yang mengelolakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kebajikan dan sukan bagi ahli-ahli kelab yang terdiri daripada semua staf Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sehingga 3 Mei 2011, kelab ini telah mempunyai ahli seramai 67 orang yang terdiri daripada kategori Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan.
Tujuan Penubuhan :
1)      Menjaga kebajikan ahli melalui bantuan kewangan
2)      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli / staf tanpa mengira pangkat dan kedudukan melalui penglibatan dalam aktiviti LISTAC
3)      Menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk rekreasi dan sukan
AKTIVITI KELAB
·         Majlis Berbuka Puasa
·         Bermain Kayak & Berbasikal pada hujung minggu
·         Hari Keluarga
·         Pemberian Cenderahati kepada staf yang menyambut hari lahir
·         Akitviti Riadah

0 comments:
Post a Comment