Pages

Blogroll

Wednesday 26 December 2012

Majlis Makan Malam LISTAC 'BBQ Dinner'

Majlis : Makan Malam LISTAC 'BBQ Dinner'
Tarikh : 8 Disember 2012
Masa : 6.00 petang hingga 11.00 malam
Tempat : Kafeteria Kampus Industri UTeM
 

Sebagai penutup tirai bagi tahun 2012, sekali lagi LISTAC UTeM telah mengadakan Majlis Makan Malam bertemakan BBQ Dinner untuk semua ahli LISTAC. Majlis tersebut telah diadakan pada 8 Disember 2012. Seawal jam 6.00 petang ahli LISTAC bersama keluarga telah hadir di Kafeteria Industri UTeM bagi memeriahkan majlis makan malam tersebut.

Majlis bertambah meriah dah gemilang dengan kehadiran penaung Kelab LISTAC iaitu Puan Hajah Faridah binti Haji Md Amin bersama anak bongsunya. Acara telah dimulakan dengan bacaan doa kemudian ucapan pengerusi LISTAC dan seterusnya ucapan dari penaung LISTAC. Disamping makan malam sesi cabutan bertuah juga diadakan kepada ahli yang hadir dan diselang selikan dengan karaoke bersama.

Di akhir majlis pihak LISTAC telah menyerahkan cenderahati perpisahan kepada Cik Siti NOrhashimah binti Kolah selaku Setiausaha LISTAC yang akan berpindah ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sepanjang menjadi Setiausaha LISTAC, Cik Siti Norhashimah telah banyak menyumbangkan idea, tenaga dan sumbangan ikhlas lain bagi memastikan setiap program yang diadakan berjalan dengan baik.

Pihak LISTAC ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang hadir, yang banyak membantu melancarkan majlis dan terutama sekali kepada urusetia majlis iaitu Ahli Jawatankuasa LISTAC kerana telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Malam tersebut.

En. Zaidi bin Saad selaku pengacara majlis

Bacaan doa ringkas oleh En. Muaat bin Muji

Ucapan aluan dari Pengerusi LISTAC, En. Nasir bin Hashim

Ucapan dari Penanung LISTAC, Puan Hajah Faridah binti Haji Md Amin.
Antara harapan beliau adalah mengharapkan agar acara seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama staf dan antara ahli keluarga.
 
 
Antara tetamu yang hadir
 




 
Penaung turut sama membakar makanan untuk tetamu



Sesi berkaraoke




 

 
Sesi Cabutan Bertuah
 
Pengerusi membuat cabutan
 
 Kak Linda menerima hamper

Tidak ketinggalan pengacara majlis turut mendapat hadiah khas
 
 
Majlis Penyampaian Cenderahati kepada Siti Norhashimah binti Kolah yang juga Setiausaha LISTAC