Pages

Blogroll

Tuesday 21 February 2012

Kembalinya Ke Rahmatullah seorang ahli LISTAC (1984 - 2012)


Alfatihah buat salah seorang ahli  LISTAC yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.30 pagi, 20 Februari 2011 bersamaam 27 Rabiulawal 1433H, hari Isnin lalu.

Saudara Mohd Efendi bin Rajali telah dilahirkan pada 4 Januari 1984 di Felda Palong 7, Negeri Sembilan. Beliau mula berkhidmat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada pertengahan tahun 2006 sebagai Pembantu Perpustakaan di Perpustakaan UTeM. 

Kemudian pada 19 Julai 2008 beliau telah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya iaitu Norhaslieza Mohd Yaakob yang berasal dari Felda Palong juga. Hasil perkongsian hidup bersama beliau dikurniakan seorang zuriat lelaki yang kini berusia hampir tiga tahun. Norhaslieza juga kini sedang sarat mengandungkan bayi kedua yang dijangka lahir pada bulan Mac 2012.

Beliau merupakan seorang staf yang sangat berwibawa, rajin dan suka membantu staf yang memerlukan pertolongan. Beliau senang bergaul dan suka membuat jenaka, setiap bicara beliau pastinya tidak lekang dengan snyuman dan gelak ketawa.

Bersama-samalah kita medoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dah ditempatkan dikalangan orang-orang yang berimah disisi Allah Taala. Al-fatihah....