Pages

Blogroll

Thursday 16 August 2012

Pemberian Kuih Raya

Aidilfitri bakal menjelang, sehubungan dengan itu warga AJK LISTAC mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh umat Islam, pengguna serta staf Perpustakaan UTeM. Semoga dihari mulia tersebut dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita.

Pada hari ke 25 kita berpuasa, iaitu 14 Ogos 2012 Kelab LISTAC telah menyerahkan sumbangan kuih raya kepada staf library amnya dan ahli LISTAC khasnya. Beraneka kuih raya telah di agih-agihkan kepada staf oleh Pengerusi LISTAC sendiri iaitu En. Mohd Nasir bin Hashim.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa penyampaian sumbangan kuih raya dilakukan.