Pages

Blogroll

Saturday 20 August 2011

Majlis Iftar dan Berbuka Puasa

Tarikh : 15 Ogos 2011
Masa: 6.30ptg
Tempat: Masjid UTeM

Alhamdulillah dengan berkat Ilahi dan atas usaha yang gigih dari semua ahli serta kakitangan yang banyak membantu dalam melancarkan Program Iftar dan Berbuka Puasa anjuran bersama Perpustakaan UTeM dan Kelab Staf Perpustakaan (LISTAC) akhirnya majlis Iftar dan Berbuka Puasa  ini berjalan dengan jayanya.

Sekitar jam 6.45 petang, Ustaz Muhammad Ridhwan Mohd Danian, Pembantu Hal Ehwal Islam, Masjid UTeM memberikan tazkirah bertajuk Adab Semasa Berbuka. Tazkirah selama lebih kurang 20 minit ini disulami dengan jenaka yang membuatkan hadirin menguntum senyuman. 


Sebaik tiba waktu berbuka, jemaah yang ada menikmati beberapa biji kurma dan air mineral kemudian lantas mengerjakan Solat Maghrib. Program kemudian diteruskan dengan jamuan makan. Menu istimewa hari itu ialah nasi tomato, kuih donat, karipap dan kuih koci. Jemaah juga menikmati minuman teh dan teh o. Kira-kira 150 orang menghadiri Majlis Iftar ini.

Majlis Iftar anjuran Perpustakaan UTeM dan Listac ini masuk tahun kedua penganjurannya. Ia merupakan program yang disusun oleh UTeM dengan kerjasama Pusat Islam, jabatan dan fakulti bertujuan mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadhan. Setiap jabatan dan fakulti akan bergilir-gilir menaja makanan untuk para jemaah masjid. 

Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Iftar dan Berbuka Puasa ini terutama sekali kepada semua jawatankuasa  kerana bersungguh-sungguh melaksanakan program begini.

Selain merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan staf yang semakin bertambah bilangannya, ia juga menunjukkan komitmen perpustakaan terhadap aktiviti anjuran universiti.