Pages

Blogroll

Monday 10 September 2012

Majlis Persaraan dan Pertukaran staf


MAJLIS PERSARAAN
En. Abu Hassan bin Shamsuddin
 
DAN
PERTUKARAN
En. Mohd Shahar bin Akashah,
En. Amir Hafizuddin bin Abu Bakar
 
Tarikh : 10 September 2012
Masa : 5.15 petang
Tempat : Ayer Keroh Country Resort
 
 
Alhamdulillah bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana telah mengadakan Majlis Jamuan Persaraan dan Pertukaran staf perpustakaan UTeM dengan jayanya. Majlis yang dihadiri oleh staf perpustakaan yang juga ahli LISTAC ini telah rai dengan penuh meriah.  Majlis tersebut bertujuan untuk meraikan Persaraan dan Pertukaran staf disamping menghargai sumbangan dan komitmen mereka sepanjang berkhidmat di Perpustakaan.
 
En. Abu Hassan bin Samsuddin atau lebih mesra dengan panggilan Abang Hassan merupakan Pembantu Perpustakaan Kanan yang juga merupakan antara staf yang terawal berkhidmat di Perpustakaan UTeM. Manakala En mohd Shahar pula merupakan Penolong Pendaftar yang telah dinaikkan pangkat kepada Ketua Penolong Pendaftar dan ditempatkan di Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar UTeM. En Amir Hafizuddin adalah Pembantu Am Pejabat yang telah berkhidmat selama lapan tahun di Perpustakaan UTeM dan kini ditempatkan pula di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTeM.
 
 
Kelab LISTAC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir bagi meraikan majlis tersebut terutama kepada puan Hajah Faridah binti Haji Md Amin selaku penasihat kelab yang turut hadir. Ucapan jutaan terima kasih juga buat semua staf Perpustakaan yang telah terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam mengendalikan majlis tersebut. Buat Abang Hassan diucapkan selamat beristirehat dan semoga kita akan bertemu lagi. InsyaAllah... Selamat bertugas di tempat baru buat En. Shahr dan En. Hafizuddin, jasa baik kalian serta sumbangan yang telah dihulurkan di Perpustakaan UTeM amat kami hargai.
 
Marilah kita menatap beberapa keping gambar kenang-kenangan sekitar majlis tersebut berjalan.
 

 



 Pengacara Majlis, En. Zaidi bin Saad
 
 Bacaan doa oleh En. Azman bin Amir
 
 Pengerusi LISTAC memberikan ucapan

Ucapan dari Ketua Pustakawan selaku Penaung LISTAC, Pn. Hajah Faridah binti Haji Md Amin
 
En. Abu Hassan menyampaikan kata-kata amanat terakhir

Ucapan dari En. Mohd Shahar
 
Ucapan dari En. Amir Hafizuddin
 
Acara Penyampaian cenderahati kepada En. Abu Hassan, En. Shahar dan En. Amir Hafizuddin
 

 
 
 
 
 
Bergambar bersama staf
 
 
 
 
 
Cabutan bertuah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Antara tetamu yang hadir
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment