Pages

Blogroll

Sunday 29 July 2012

Pemberian Kurma Sempena Ramadhan Kareem

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan, Bulan Seribu Bulan, bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Dikesempatan ini juga, AJK LISTAC sesi 2010/2011 ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al- Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah lain dengan sempurna sepanjang bulan Ramadhan ini. Bersama-samalah kita mencari keredhaan dan pengampunan Allah, melakukan ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat dan semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya.

Pada 27 Julai 2012 bersamaa 7 Ramadhan 1433H, AJK LISTAC telah mengedarkan buah kurma kepada kakitangan Perpustakaan Amnya dan ahli LISTAC amnya. Pemberian tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengerusi LISTAC iaitu En. Mohd Nasir bin Hashim dan Timbalan Pengerusi LISTAC, En. Zaidi bin Saad.

Berikut merupakan beberapa keping gambar kenangan sumbangan ikhlas Buah Kurma dari AJK listac kepada kakitangan dan ahli LISTAC.


AJK LISTAC dari kiri En. zaidi bin Saad, En. Arman bin Mohamad, Pn. Zuraidah binti Amar, Cik Siti Norhashimah binti Kolah dan En. Mohd Nasir bin Hashim



En. Mohd Nasir (Pengerusi) meyerahkan sumbangan kurma kepada Pn. Nurul Akmar (Pustakawan Unit Automasi)



Kakitangan Unit Penindeksan menerima Kurma daripada Pengerusi LISTAC



En. Zulkahlid (Penolong Pendaftar) turut tidak ketinggalan menerima sumbangan tersebut.



En. Mohd Nasir menyerahkan sumbangan kurma kepada Pn. Noraini (Pustakawan Bahagian Pengindeksan)



En. Harulrizam (Pustakawan Bahagian Pengindeksan) menerima kurma daripada Pengerusi LISTAC



Kakitangan Pentadbiran, En. Asmadi  turut menerima sumbangan ikhlas tersebut



 En. Mohd Nasir menyerahkan buah kurma kepada En. Mawardi (Pustakawan Unit Latihan dan Kualiti)