Pages

Blogroll

Saturday 31 March 2012

Majlis Perpisahan Ahli Jawatankuasa Kelab

Di akhir berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Kelab LISTAC telah diadakan pula majlis perpisahan seorang staf perpustakaan yang juga Ahli Jawtankuasa Kelab LISTAC (Pemeriksa Kira-kira II) iaitu Cik Norlian binti Mohamed Najib di mana pada 23 Mac 2012 ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di Perpustakaan UTeM.

Kelab LSTAC telah memberikan sumbangan cenderahati serta kek untuk meraikan majlis perpisahan tersebut. Montaj sepanjang bersama Cik Norlian turut dihidangkan kepada ahli yang hadir bagi mengamati detik-detik indah bersama beliau.

Harapan kami warga Perpustakaan UTeM amnya dan ahli Kelab LISTAC khasnya agar perjalanan seharian Cik Norlian di tempat baru kelak berjalan dengan lancar dan semoga Cik Norlian dapat menyesuaikan diri dengan suasana di tempat baru. Kami turut mendoakan kejayaan Cik Norlian dimasa akan datang serta diharapkan agar beliau tidak melupakan kami semua di sini.





Friday 30 March 2012

Mesyuarat Agong Tahunan LISTAC

Tarikh : 21 Mac 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Tayangan Aras 2, Perpustakaan UTeM


Pada 21 Mac 2012 telah berlansung satu acara tahunan bagi Kelab LISTAC iaitu Mesyuarat Agong Tahunan dimana pada mesyuarat tersebuat akan diadakan pembentangan setiap Biro Jawatankuasa LISTAC serta setiap ahli dapat bersuara bagi memperbaiki lagi mutu dan kualiti kelab.


Tepat jam 2.00 petang ramai ahli telah hadir ke mesyuarat dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu. Semasa pendaftaran berlaku, setiap ahli diberikan goodies yang mengandungi minit mesyuarat, tentatif perjalanan majlis serta kudap-kudapan. Ahli juga turut diberikan makanan iaitu Mac Donalds untuk menjamu selera sementara menunggu majlis bermula.


Pada jam 2.30 petang setelah semua ahli hadir majlis dimulakan dengan bacaan doa dari En. Eiisaa bin Ahyead dengan harapan agar majlis berjalan dengan lancar. Kemudian pengerusi Kelab LISTAC iaitu En. Mohd Nasir bin Hashim telah memberikan kata-kata aluan.Selaku penyelaras Kelab LISTAC, Pn. Hajah Faridah binti Hj. Md Amin juga telah memberikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat agar Kelab LISTAC lebih berjaya dan berdaya saing dimasa akan datang.


Setelah itu, penyelaras kelab diiringi oleh Pengerusi kelab telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa LISTAC bagi tahun 2009/2010. Pengerusi juga turut menyampaikan hadiah dari para peserta yang berjaya mendapat tempat pada Temasya Sukan Tahunan UTeM dalam acara olahraga kepada Pn. hajah Faridah untuk simpanan dan kenang-kenangan di Perpustakaan. Pengerusi turut menyerahkan cenderahati kepada Pn. Hajah Faridah atas kesudian beliau hadir ke Mesyuarat Tahunan Kelab LISTAC .

Kemudian perjalanan mesyuarat berjalan dengan dimulai oleh pembentangan minit mesyuarat Bil.7/2011 oleh Timbalan Pengerusi Kelab LISTAC selaku pengacara majlis untuk semakan ahli mesyuarat diikuti pembentangan oleh Biro-biro Kelab LISTAC.

Pn. Hajah Faridah menyerahkan sijil penghargaan kepada mantan Pengerusi Kelab LISTAC sesi 2009/2010

Penyerahan hadiah bagi acara olahraga kepada Pn. Hajah Faridah

Pn. Hajah Faridah menerima cenderahati dari Pengerusi Kelab LISTAC

Timbalan Pengerusi Kelab LISTAC selaku pengacara majlis telah membentangkan minit mesyuarat untuk disemak oleh ahli mesyuarat.

Pembentangan Perbelanjaan dan kewangan sepanjang tahun 2011 oleh Bendahari Kelab LISTAC iaitu En. Arman bin Mohamad

Pembentangan program serta aktiviti kebajikan yang telah diadakan sepanjang tahun 2011 oleh Biro Kebajikan iaitu En. Azman bin Amir

Pembentangan aktiviti sukan yang telah diadakan sepanjang tahun 2011 Biro Sukan iaitu En. Thaqif bin Mohd Isa

Setelah selesai sesi pembentangan oleh setiap biro, pengerusi telan membuka soalan ataupun cadangan kepada setiap ahli yang hadir. Pelbagai usul yang bernas telah diberikan oleh ahli dimana usul-usul tersebut akan dibincangkan semula untuk dilaksanakan pada masa akan datang.






Monday 19 March 2012

Temasya Olahraga UTeM Ke 5 (2012)


Temasya Olahraga Tahunan Ke-45 UTeM kini kembali lagi. pelbagai acara dipertandingkan antaranya ialah olahraga, bola sepak, futsal, badminton, bowling, carom, catur, dart, dan sebagainya. Berlainan bagi tahun ini dimana Pusat tanggungjawab (PTJ) Perpustakaan akan bergabung dengan Fakuti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

Berikut antara keputusan akhir bagi acara olahraga pungutan pingat untuk kedua PTJ ini:

Nama
Acara
Kategori
Catatan
Emas
Engr Zolkarnain Marjom.
Lompat Jauh Lelaki
Veteran
4.77 Meter
Zulridah Zulkeli
100 Meter Wanita
Senior
17.4 Saat
Noorlizawati Kamis
Shahrul Bariah Mohamad
Hafizah Mohamad
Zulridah Zulkeli
4 X 100 Meter
Wanita
Senior
75.2 Saat

Nama
Acara
Kategori
Catatan
Perak
Muhamad Syafik Jumali
Lompat Jauh Lelaki
Senior
5.15 Meter
Noorlizawati Kamis
Lompat Jauh Wanita
Senior
2.99 Meter
Noorlizawati Kamis
200 Meter Wanita
Senior
39.4 Saat
Khairum Hamzah
400 Meter Lelaki
Senior
66.9 Saat

Nama
Acara
Kategori
Catatan
Gangsa
Shahrul Bariah Mohamad
100 Meter Wanita
Senior
19.9 Saat
Amir Hafizuddin Abu Bakar
Khairul Faiz Zainal
Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Muaat Muji
4 X 400 Meter
Lelaki
Senior
5.41.9 Saat

Tahniah diucapkan kepada semua staf yang telah menjayakan dan memenangi piala bagi acara -acara di atas, semoga Kontinjen perpustakaan akan meraih kemenangan di acara seterusnya.

Sunday 11 March 2012

Lawatan kebajikan Ke Rumah Ahli LISTAC

                           Tarikh   : 28 Februari 2012
                           Masa     : 2.00 petang 
                           Tempat : Blok A Kuarters Warden, UNIKL Myset,
                                            Tabuh Naning,
                                            78000 Alor Gajah,
                                            Melaka.


Pada 16 Februari 2012 anak kepada salah seorang ahli LISTAC iaitu Puan Hafizah binti Mohamad, Pembantu Perpustakaan di Bahagian Automasi telah dikejarkan ke Hospital Putra Sdn. Bhd. akibat keracunan makanan. setelah di periksa anak sulong beliau terpaksa di masukkan ke dalam wad kerana di khuatiri menghidapi risiko Rotavirus.

Sehari kemudian anak kedua beliau pula telah dimasukkan ke dalam wad yang sama dan hasil ujian doktor mendapati anak-anak anak beliau telah dijangkiti Retovirus. Walaubagaimanapun dengan pemeriksaan yang rapi serta bantuan air ke dalam tubuh anak-anak beliau akhirnya anak-anak beliau dibenarkan pulang pada 20 Februari 2012.

Manakala 24 Februari 2012 Puan Hafizah pula telah dimasukkan ke wad di Hospital Besar Melaka akibat muntah-muntah dan cirit-birit. Doktor mengesahkan beliau turut dijangkiti penyakit yang sama. Selang beberapa hari iaitu pada 27 Februari 2012 beliau telah dibenarkan pulang.

Sejurus selepas mendapat berita kembalinya puan Hafizah ke rumah maka Kelab LISTAC telah membuat satu kutipan amal untuk membantu meringankan beban beliau. Pada 28 Februari 2012 Kelab LISTAC telah membuat lawatan kebajikan ke rumah beliau bersama ahli-ahli LISTAC yang lain. Pada lawatan tersebut juga Naib Pengerusi LISTAC iaitu En. Zaidi bin Saad telah menyerahkan wang ihsan dari ahli LISTAC kepada beliau.