Pages

Blogroll

Monday 21 November 2011

Majlis Makan Malam Persaraan

Tarikh : 17 November 2011
Masa: 8.00 malam
Tempat: Restauran Tomyam Klasik


 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Alhamdulillah satu lagi majlis besar anjuran Kelab Listab UTeM telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis tersebut adalah Majlis Makan Malam Persaraan Cik Hajah Siti Noor Kiah binti Haji Syed Abdul Malek selaku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Ini merupakan persaraan pertama yang berlaku di Perpustakaan UTeM.


Tetamu yang hadir terdiri daripada kakitangan Perpustakaan itu sendiri, dan turut meraikan adalah ahli keluarga masing-masing. Pendaftaran tetamu bermula jam 8.00 malam dimana tetamu akan diberkan nombor cabutan bertuah untuk acara cabutan bertuah.


Setibanya tetamu kehormat iaitu Puan Hajah Faridah binti Haji Md Amin dan Cik Hajah Siti Noor Kiah binti Haji Syed Abdul Malek acara dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Kemudian majlis memberi penghormatan kepada TImbalan Pengerusi LISTAC iaitu En. zaidi bin Saad untuk memberikan ucapan dan disusuli oleh Ketua Pustakawan, Puan Hajah Faridah binti Haji Md Amin serta ucapan yang dirai iaitu  Cik Hajah Siti Noor Kiah binti Haji Syed Abdul Malek.

Pada jam 9.00 malam  kek istimewa pemberian dari Ahli Jawatankuasa LISTAC di potong oleh Timbalan Ketua PUstakawan Kanan. Kemuaidn tetamu dipersilakan menikmati jamuan yang disediakan dan diselangi dengan pemberian cabutan bertuah oleh Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Timbalan Pengerusi LISTAC. Para tetamu juga turut dihidangkan dengan persembahan montaj yang amat menyentuh perasaan.


Selepas selesai menjamu selera tiba masa untuk penyampaian cenderahati dari ahli LISTAC dan hadiah secara individu dari kakitangan Perpustakaan kepada Cik Hajah Siti Noor Kiah binti Haji Syed Abdul Malek. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama-sama Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Ahli Jawatankuasa LISTAC dan tetamu-tetamu yang hadir.


Majlis disudahi pada jam 10.30 malam dan para tetamu mula bersalaman buat kali terakhir bersama Cik Hajah Siti Noor Kiah binti Haji Syed Abdul Malek.

Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa LISTAC yang telah berusaha dan bertungkus lumus menguruskan Majlis Makan Malam Persaraan Cik Hajah Siti Noor Kiah binti Haji Syed Abdul Malek sehingga ke akhir majlis. Begitu juga kepada kakitangan Perpustakaan yang banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang majlis ini berlaku. Semoga majlis-majlis sebegini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.